BERITA & AKTIVITI TERKINI OKTOBER 2016
Program Senam Sihat
Bersempena dengan Hari Sukan Negara, Pi Felda Lenga telah mengadakan satu program iaitu Program Senam Sihat yang telah diadakan pada 15 Oktober 2016 bertempat di Dataran Felda Lenga. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari komuniti setempat di sini juga mendapat penyertaan dari staff PDK Lenga.Aktiviti yang telah diadakan adalah senamrobik, Zumba dan berjalan 1000 langkah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan:
Lawatan Sambil Belajar dari Tabika Kemas Kg. Baru Batu 28, Lenga
Pada 20 Oktober 2016, Pi Felda Lenga telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar dari kanak- kanak Tabika KEMAS Kg. Baru, Batu 28, Lenga. Kunjungan ini telah disertai oleh guru-guru Tabika , AJK, dan ibu bapa pelajar Tabika KEMAS. Antara pengisian program lawatan ini adalah memberi penerangan berkaitan dengan perkakasan computer, latihan menaip, latihan mengira menggunakan medium e-learning serta tayangan cerita UPIN dan IPIN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
Kursus Sks (skrip ke skrin ) Anjuran SKMM Wilayah Selatan
Pada 25 & 26 Oktober 2016, staff Pi Felda Lenga telah menghadiri kursus SKS (Skrip ke Skrin) anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) wilayah selatan. Kursus ini telah diadakan di Malaysia Multimedia University (MMU) cawangan Nusajaya, Johor.Staff Pi telah diajar serba sedikit mengenai penulisan skrip cerita, cara untuk merakam video serta cara untuk mengedit video yang dihasilkan.Segala pengetahuan dan ilmu yang diperolehi akan diajar serta dikongsi bersama dengan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang kursus ini dijalankan:
Program apa khabar
Program Apa Khabar ini adalah anjuran Pengurusan Felda Lenga yang telah diadakan pada 27 Oktober 2016 yang lalu bertempat di Masjid Al-Falah Felda Lenga. Satff Pi telah terlibat sama di dalam program ini.Program ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara pihak pengurusan FELDA dengan komuniti setempat. Program ini telah melibatkan penglibatan dari semua Tanah Rancangan Felda yang ada di dalam Wilayah Segamat. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah rewang@gotong-royong beramai-ramai, aktiviti sukan bola jaring, sepak takraw dan futsal serta bacaan Yassin dan tahlil. Program ini telah dirasmikan oleh YB TAN SRI DATUK SRI UTAMA HAJI MOHD. ISA BIN DATO’ HAJI ABDUL SAMAD, Pengerusi FELDA.
Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:
Program Keusahawan Bersama Kelab GTR
Pada 31 Oktober 2016, staff Pi Felda Lenga telah berpeluang mengadakan slot keusahawanan kepada ahli-ahli Kelab GTR di Balai Serbaguna Lenga. Slot keusahawanan ini telah menarik minat ahli-ahli Kelab GTR ini khususnya di dalam bidang pemasaran secara atas talian. Selain itu, tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) telah dipertontonkan kepada mereka sebagai pendedahan penggunaan internet secara selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan: