BERITA DAN AKTIVITI TERKINI JUN 2026
1) PROGRAM NADI BELIA: DARI KOMUNITI KE KEPIMPINAN NEGARA
Pada 12 Jun 2026 Pihak NADI sedang kerjasama dengan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) berkaitan program “NADI Belia: Dari Komuniti ke Kepimpinan Negara”. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan berkaitan konsep kenegaraan, sistem Parlimen Malaysia serta peranan NADI sebagai hab belia di peringkat komuniti.
Oleh itu, staff NADI Felda Lenga telah menyertai program ini bersama wakil lain daripada NADI seluruh Johor.Program ini telah berlangsung Di Al Jadi Event Hall Batu Pahat bermula 10 pagi hingga 5.30 petang.
3)Program Hari Terbuka Smk Lenga Felda Lenga
NADI Felda Lenga bersama NADI Pekan Lenga telah menerima jemputan membuka booth pameran di Program Hari Terbuka Smk Lenga Felda Lenga pada 24 Jun 2026.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh NADI ;
1- Saringan Kesihatan Percuma
2- Kuiz Kempen Internet Selamat
3- Pendedahan Perkhidmatan Pintar NADI
4- Perkongsian berkenaan Parlimen Belia
5- Perkongsian berkenaan Kempen Nexus MCMC
6-Pencarian Duta Kempen Internet Selamat
4) Saringan E- Sport Mobile Legend Musim ke 4.
NADI Felda Lenga dengan Kerjasama MBFM Felda Lenga telah menjalankan Saringan e- sport Mobile Legend dimana seramai 6 team telah bertanding dan menyertai saringan ini bagi mencari wakil NADI untuk ke peringkat Negeri.
Sebelun perlawanan bermula pemain digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu bagi memastikan pemain berada dalam keaadan sihat dari segi fizikal & mental.