dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MEI 2017

Program Saringan Kesihatan Remaja Bersama Panel Kesihatan Di SMK Lenga

Pada 4 Mei 2017, Pi Felda Lenga telah terlibat menjalankan aktiviti Kempen Advokasi didalam Program Saringan Kesihatan Remaja Bersama Panel Kesihatan. Program ini telah berlangsung di SMK Lenga yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Lenga dan telah dirasmikan Oleh Encik Rahman Murshid selaku Ketua Panel Penasihat Kesihatan Mukim Lenga. Petugas Pi Felda Lenga telah membuka Pameran Booth Kempen Advokasi (KDB, Mobile e waste & Check your Label).

Program Majlis Penilaian Desa Perdana Peringkat Negeri Johor

Pada 21 Mei 2017, telah berlangsungnya Majlis Penilaian Desa Perdana Peringkat Negeri Johor di Kampung Liang Batu. Petugas Pi Felda Lenga telah dijemput membuat Pameran Kempen Advokasi iaitu KDB, Mobile e waste & Check Your Label di dalam Majlis tersebut.

Program Santai Advokasi Pi Bersama Pdk Lenga

Pada 22 Mei 2017, Pi Felda Lenga telah berganding bahu dengan Pi Pekan Lenga menjalankan aktiviti Program Santai Advokasi Pi di PDK Lenga. Selain Tayangan Video Kempen Advokasi, Program juga telah diselitkan dengan aktiviti memasak bersama pelajar PDK secara santai. Ia bertujuan sebagai memupuk semangat berkejasama dan mencungkil bakat dan kemahiran pelajar-pelajar PDK