KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT:
PERTANIAN
Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang terbesar dijalankan oleh penduduk setempat. Seluas 851.14 hektar tanah pertanian daripada 943.30 hektar luas keseluruhan adalah melibatkan penanaman sawit dan getah. Disamping itu penanaman pokok pisang, tebu & sayur-sayuran juga antara tanaman komersial disini.
PENTERNAKAN
Terdapat juga penduduk disini memanfaatkan tanah rezab dengan menjalankan kegiatan ternakan seperti lembu, kambing, dan ayam daging. Aktiviti seperti ini juga dijalankan secara komersial dan menyumbangkan pendapatan kepada penduduk setempat.
PERNIAGAAN
Kebanyakan perniagaan yang dijalankan di Felda Lenga adalah berasaskan makanan dan kedai- kedai makanan berkembang seprti cendawan yang tubuh. Manakala selebihnya adalah perniagaan barangan runcit dan kedai menjual peralatan harian. Ini sangat membantu penduduk setempat kerana faktor jarak yang agak jauh untuk ke pekan Pagoh. Di Felda Lenga, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak terkecuali.Antara perusahaan yang dijalankan ialah seperti pembuatan Kerepek-kerepek, Mee Siput dan lain-lain.
KEUSAHAWANAN
Dua contoh usahwan wanita yang sedang giat dengan perniagaan masing-masing iaitu perniagaan cendawan dan pembuatan kek dan pastri.