Penduduk yang menetap di kampung Felda Lenga adalah 100% Melayu yang dianggarkan berjumlah 1,500 orang. Kebanyakan kawasan penempatan di kampung ini dibina. Amalan bergotong-royong memang diterapkan didalam masyarakat Felda ini terutamanya ketika kenduri kahwin mahupun ketika aktiviti membersihkan kawasan perkuburan, masjid dan kawasan sekitar kampung. Aktiviti seperti ini juga menyumbang ke arah pembangunan di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.