dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JULAI 2017

Program Dashboard Komuniti & Advokasi

Pada 15 Julai 2017, Pi Felda Lenga telah dijemput oleh Pi Pekan Lenga di dalam Program Dashboard & Advokasi bersama komuniti Mukim Lenga. Antara agenda yang telah dijalankan adalah Taklimat & Pendaftaran Dashboard , Taklimat Advokasi, Demostrasi Photoshoot untuk Produk, Kuiz Kahoot Challenges & Cabutan Bertuah.

Program Sambutan Hari Raya Bersama Pi

Pada 22 Julai 2017, Pi Felda Lenga telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersama Komuniti sempena Hari Raya Aidlifitri. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Marhaban Raya, Kuiz hari Raya, Penyampaian Hadiah & Jamuan Makan.

Program Jom Sihat (Senamrobik, Zumba & Berjalan 1000 Langkah)

Program Jom Sihat ini telah dianjurkan oleh Pi Felda Lenga dengan kerjasama PDK Lenga dan telah berlangsung di Dataran Felda Lenga pada 29 Julai 2017. Program ini adalah bertujuan menggalakkan komuniti kearah gaya hidup lebih sihat & memupuk semangat untuk bersenam serta menjaga kesihatan. Seramai kira-kira 20 orang peserta yang hadir menjalani seisi Jom Sihat ini yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik , zumba dan seterusnya berjalan 1000 langkah.