Pada 19 Disember 2020 telah berlangsungnya sebuah Bengkel Ceracap Inai Lenga secara
atas talian. Pusat Internet Komuniti Felda Lenga adalah merupakan tuan rumah dan
penyelaras program dengan kerjasama anjuran Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum
UTHM.
Program ini telah disertai seramai lebih kurang 40 orang terdiri pelajar UTHM seluruh
Malaysia dan peserta di kalangan komuniti Felda Lenga dengan menggunakan aplikasi
Google Meet.
Selain pembentangan daripada kumpulan pelajar berkenaan program, slot 'Klik Dengan
Bijak' daripada Pusat Internet juga telah diselitkan bagi penyebaran info yang bermanfaat
kepada umum.