1) Majlis Apresiasi yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
21 Januari 2026 - Staff NADI Felda Lenga hadir mewakili NADI ke Jemputan Majlis Apresiasi yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), melalui Bahagian Pusat Sebaran Maklumat Nasional bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Taklimat Kesedaran Keselamatan Kepada Petugas NADI di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, hari ini.
Majlis apresiasi ini menjadi simbol penghargaan terhadap kecekapan dan dedikasi warga Polis Johor dalam mengekang jenayah termasuk kejayaan menangani kes pecah masuk yang melibatkan 13 cawangan NADI di seluruh negeri. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Razak, Ahli Suruhanjaya MCMC, dan YDH. CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor. Selitan daripada tu wakil-wakil NADI juga hadir Di dalam slot Taklimat Perlaksanaan e - invois bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri