dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI MAC 2026

1) Bazar Raya NADI 2026

14 Mac 2026 — Bazar Raya NADI 2026 berlangsung meriah secara serentak di NADI seluruh negara & NADI Felda Lenga tidak ketinggalan untuk melaksanakannya sempena persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Program ini membuka peluang kepada usahawan komuniti memperkenalkan serta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat setempat, sekali gus menyemarakkan suasana menjelang Syawal melalui penglibatan komuniti dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

Selain jualan oleh usahawan tempatan, pelbagai aktiviti bersama komuniti & ahli NADi seperti pemeriksaan kesihatan percuma, mewarna & kuiz Ramadan serta kerjasama bersama Amil yang membuka kaunter pungutan zakat turut memeriahkan program ini.