BERITA DAN AKTIVITI TERKINI JULAI 2026
2) Taklimat Program Cashless Society NADI Johor 2026
MCMC menerusi Sektor Pembangunan Industri (IDS) telah menganjurkan Sesi Meja Bulat Inisiatif Cashless Society Fasa 4 Johor 2026 pada 13 hingga 14 Julai 2026, menghimpunkan agensi Kerajaan Negeri, pemain industri, pengurus NADI serta rakan strategik bagi menyelaras pelaksanaannya di Johor.
Johor merupakan negeri terakhir bagi pelaksanaan Inisiatif Cashless Society Fasa 4 pada tahun 2026, yang akan berlangsung dari 3 Ogos hingga 8 September 2026 melibatkan 28 lokasi NADI termasuk NADI Felda Lenga.
3) Pertandingan MLBB Peringkat Negeri Johor Musim ke 4
Pada 18 Julai 2026 telah diadakan Pertandingan MLBB Peringkat Negeri Johor Musim ke 4 NADI Felda Lenga telah diwakili oleh team SKYFIVE. Sebelum perlawanan bermula Saringan Kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah juga telah dilakukan kepada peserta bagi memastikan Kesihatan peserta berada dalam keadaan stabil.
4) Lawatan sempena program pertukaran pelajar China & Politeknik Tun Syed Naser, Pagoh ke NADI Felda Lenga.
Pada 23 Julai 2026 sebuah lawatan sempena program pertukaran pelajar China & Politeknik Tun Syed Naser, Pagoh ke NADI Felda Lenga , pelajar merasai salah satu perkhidmatan pintar yang disediakan oleh NADi iaitu NADI Kesejahteraan Kendiri dengan melakukan aktiviti saringan Tekanan Darah & BMI.