BERITA & AKTIVITI TERKINI JULAI 2020
1) Kursus Latihan Pengendali Makanan
Pada 10 Julai 2020 bertempat di Pusat Internet Felda Lenga telah diadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara atas talian (online) bagi sesi ke dua. Latihan Pengendali Makanan ini telah disertai seramai 2 orang dan telah menggunakan aplikasi Zoom sebagai medium pengantara antara penceramah dengan peserta. Latihan ini mengambil masa selama 3 jam untuk melayakkan peserta memiliki sijil pengendali makanan.
2) Kelas Membina FB Page – Perniagaaan
Pada 11 Julai 2020 satu kelas untuk usahawan telah dijalankan iaitu kelas membina FB Page perniagaan
3) Taklimat Kebakaran Dan Kecemasan
Pada 21 Julai 2020, Staf Pusat Internet telah mengikuti taklimat mengenai dengan kebakaran dan kecemasan dari pihak Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia. Taklimat ini di beri secara atas talian (online) dengan menggunakan aplikasi Zoom. Di dalam taklimat ini, penceramah telah berkongsi mengenai punca-punca kebakaran dan langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku kebakaran. Taklimat ini memakan masa selama 1 jam sahaja.
4) Taklimat & Pendaftaran Pra Banci
Pada 29 Julai 2020, Jabatan Perangkaan dan Pejabat Daerah Muar telah berkunjung ke Pusat Internet Felda Lenga bagi tujuan untuk memberi taklimat dan pra pendaftaran banci. Taklimat ini diberikan kepada ketua-ketua kampung Mukim Lenga. Turut hadir adalah Penghulu Mukim Lenga, Encik Azhari Bin Bidin.Pra pendaftaran banci ini dilakukan secara atas talian(online).Di mana ketua-ketua kampung di ajar cara untuk membuat pendaftaran secara atas talian oleh kakitangan dari Jabatan Perangkaan Muar serta dibantu oleh staf Pusat Internet juga.
5) Pertandingan Kuiz Online AidilAdha 1441 H
Pada 30 Julai 2020, Pusat Internet Felda Lenga telah mengadakan satu Pertandingan Kuiz Online AidilAdha 1441H. Pertandingan ini dijalankan secara alam maya iaitu dengan menggunakan Google Form sebagai medium perantaraan. Para peserta menjawab soalan kuiz dengan menggunakan telefon bimbit di rumah atau di mana sahaja. Dan ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta memberangsangkan.